Monday, January 20, 2014

Nilai Solat Ku?

Tatapan bersama..

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf,
sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia
selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang
khusyuk.

Lantas dia selalu bertanya kepada orang yang
dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk
memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang
khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang
abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai
Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan
solat?"

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku
berwudhu' zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin
itu?"

Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa
iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air,

sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota
dengan tujuh perkara :-

* Bertaubat,
* Menyesali dosa yang telah dilakukan,
* Tidak tergila-gilakan dunia,
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya'),
* Tinggalkan sifat berbangga,
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu, dan
* Meninggalkan sifat dengki.

Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua
anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri
dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:

1. Aku sedang berhadapan dengan Allah,
2. Syurga di sebelah kananku,
3. Neraka di sebelah kiriku,
4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5. Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di
atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap
bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir
bagiku.

Kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.
Setiap bacaan dan doa di dalam solat, aku faham
maknanya.
Seterusnya aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk;
aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan
aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku
bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana
membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila
dibandingkan dengan Hatim
Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa
menyebarkan ilmu demi kebaikan, insyaAllah Tuhan
akan menggandakan 10 kali kepadanya.

***semoga dapat diamalkan bukan shj utk bersolat
tp didalam kehidupan harian kita juga...InsyaAllah.


*Copy from Pondok Habib's Facebook

No comments:

Post a Comment