*kisah keluar lunch tadi.
Ada seorang sahabat sent telegram, tanya aku "Siapakah orang pertama yang menulis Bismillah?"
Aku jawab Nabi Ibrahim tapi 'SALAH'. Aku pernah baca tapi aku lupa.
Kemudian dia tanya aku "Siapakah orang pertama cipta telefon?"
Aku jawab Graham Bell kalau x silap.
Kemudian dia bertanya lagi "Siapakah orang pertama diberi pakaian pada masa hari qiamat?"
Aku menjawab Nabi SallAllahu Alaihi Wasallam.
Tapi 'SALAH' lagi.
Dia memberi tahu "Nabi Ibrahim AS"
Kemudian dia bertanya "Siapakah orang pertama minum air zam-zam?"
Aku terus jawab x ingat. Sebab aku betul2 x ingat.
Terasa malu dengan diri sendiri, terasa malu dengan dia.
Sedangkan aku orang Islam kenapa x mengambil tahu sejarah tentang Islam.
Nampak sangat tidak mengambil tahu ilmu tentang akhirat.
Aku pernah baca "30 Orang Pertama Dalam Islam" ni tapi aku lupa.
Ilmu agama memang agak sukar untuk diingat.
Kenapa?
'Tepuk Dada Tanya Iman'
Jom kita baca dan hayati Siapakah 30 Orang Islam Yang Pertama Dalam Sejarah Islam.
Semoga bermanfaat..
- Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.
- Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.
- Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.
- Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.
- Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.
- Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)
- Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.
- Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.
- Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.
- Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.
- Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.
- Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.
- Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.
- Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.
- Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.
- Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.
- Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.
- Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.
- Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.
- Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.
- Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.
- Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.
- Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.
- Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawayah bin Abi Sufyan RA.
- Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.
- Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.
- Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.
- Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.
- Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.
- Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.
aku pun selalu lupa pasal sejarah islam....
ReplyDeletehari nie baca... esok aku lupa uda... T.T
Ya kan farah.. tu la.otak ni terlalu fikir hal keduniaan :(
Delete