Tuesday, March 6, 2012

Sedih

Emosi sedih akan timbul apabila seseorang dihadapkan dengan keadaan yang mengecewakan, menggelisahkan atau muncul sebagai akibat penderitaan kerana luka, sakit, derita atau ngeri. Ia juga dapat didefinisikan sebagai perasaan duka cita dengan apa yang berlaku dalam kehidupan yang berkemungkinan sesuatu yang menghalang kehendak dan keinginan diri serta sesuatu yang buruk yang tidak pernah dipinta berlaku dalam keadaan yang tidak bersedia.

Emosi sedih juga merupakan emosi dasar manusia, di luar marah, bahagia, takut, jijik, dan terkejut. Emosi ini sangat umum kita jumpai. Bahkan ia berlaku secara tiba-tiba tanpa diundang. Jadi, setiap insan pasti mengalami kesedihan dalam kehidupannya. Cuba anda ingat-ingat kembali, Adakah anda pernah mengalami kesedihan? Anda pasti akan mengingat sekurang-kurangnya satu kali kesedihan yang pernah anda alami.

Sedih adalah antonim bagi gembira. Kebiasaannya seseorang akan gembira apabila mendapat dan memperoleh apa yang dihajati. Jadi, sedih pula adalah sebaliknya. Namun, emosi ini kadang kala dianggap indah bagi sesetengah manusia kerana ia adalah sebahagian kenangan dalam kehidupan.
Biasanya emosi sedih sangat dekat dengan depresi. Pembahasan sedih tidak akan lengkap tanpa membahas depresi. Namun, depresi bukanlah sedih, melainkan percampuran antara rasa sedih, pesimis, tanpa harapan, dan mungkin juga marah. Jadi, depresi adalah emosi yang kompleks. Sementara itu, sedih boleh dianggap emosi tunggal.
Emosi sedih pula menurutnya tercetus apabila manusia kehilangan orang tersayang atau sesuatu yang amat bernilai, atau apabila ia ditimpa sesuatu malapetaka. Di dalam al-Quran, ada banyak disebutkan tentang kesedihan dan ketakutan di kalangan manusia. Apabila manusia dikuasai oleh kedua-dua perasaan ini, hidupnya boleh terganggu.
Terdapat banyak ayat dalam al-Quran yang menganjurkan agar manusia berserah diri kepada Allah dengan beramal soleh sekiranya menghadapi masalah atau kesusahan dengan kembali kepada Tuhan. Ingatlah, janganlah kamu bersedih kerana Allah sentiasa bersamamu.

No comments:

Post a Comment