Saturday, February 25, 2012

Ais Krim Coklat

Saya suka makan ais krim coklat. Makan ais krim boleh mengurangkan stress. x percaya try la.... :)
Ini adalah kelebihan makan ais krim..

  1. Tindakan mengunyah aiskrim bagi kanak-kanak boleh menguatkan gigi mereka
  2. Aiskrim yang sejuk itu boleh mengembalikan sifat pelupa yang keterlaluan.
  3. Zat dalam aiskrim boleh memulihkan pesakit insomnia
  4. Kalsium dalam aiskrim juga banyak kelebihan



Di sini saya ingin berkongsi resipi membuat aiskrim coklat. Home made..
Selamat Mencuba !!.. ^.~







Ais krim Coklat (Home made)


Bahan A:
  • 2 biji kuning telur
  • 1 biji telur
  • 140gm gula kastor
Bahan B:
  • 250ml susu penuh krim
  • 60gm seruk koko
Bahan C:
  • 400gm non dairy whipping cream ( krim putar bukan tenusu dalam kotak yang untuk kek)
  • 1 sudu kecil vanila esen
cara buat:
  • pukul bahan A hingga putih dan berkrim
  • panaskan susu hingga mendidih dan masukkan serbuk koko, kacau hingga sebati (bahan B)
  • tuang adunan susu dan koko ini ke dalam adunan telur dan sejukkan
  • putar whipping cream hingga kental dan gebu
  • masukkan whipping cream ke dalam adunan tadi yang telah disejukkan dan gaul sebati
  • tuang ke dalam bekas/ kontena plastik dan simpan dalam freezer 1 malam

No comments:

Post a Comment