Thursday, November 21, 2013

Let's Follow Ammar

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh :)

Saya bukanlah seorang yang berilmu pengetahuan tinggi.
Tapi disini saya ingin berkongsi cerita mengenai Allayarham Ammar seseorang yg tidak dikenali tapi dikagumi. Saya mengagumi Allayarham kerana keperibadiannya.
Semoga Allayarham Ammar tenang bersemadi di sana. Al-Fatihah.



Pemergian Ahmad Ammar, seorang mujahid yg disayangi ramai telah membuka mata dan jiwa masyarakat bukan hanya di Malaysia tapi juga di Turki. Di bumi Indo-China (Kampuchea) pun ada yg bertanyakan tentang arwah. Begitu hebat penangan assyahid Ahmad Ammar. Semoga perjuangan dan coretan hidupnya akan membakar semangat jihad anak muda yg ada. InsyaAllah.

"Kami menghantar anakanda kami ke bumi AlFateh bagi mempersiapkannya untuk umat. Rupa2nya Allah mempersiapkannya untukNYA." - Puan Nur Azlina (bonda Allahyarham Ahmad Ammar)


"SubhanaLlah, AlhamduliLlah, ALlahu Akbar! Tiada ku duga pemergian Ahmad Ammar telah menghidupkan begitu banyak jiwa. Aku merasa begitu kerdil tika di tanyakan apa formula bagi mempersiapkan Ammar begitu rupa! Jujur aku katakan, sumbangan aku terlalu sedikit. Sekadar meletakkan visi dan misi yang aku impikan kepadanya. Rupanya, apabila ku nawaitukan anak ku ini untuk ALlah dan RasulNYA, perancangan ALlah berjalan dengan cara yang tiada mampu untuk aku membayangkannya. Apalagi untuk memahaminya. Pemergian Ammar mengajar aku banyak perkara mengenai KEBESARAN ALLAH ! Terima kasih Ya ALlah !" - Tuan Haji Ahmad Azam (ayahanda Allahyarham Ahmad Ammar)




Yg nak tahu kisah Ahmad Ammar boleh klik link kat bawah ni. Luangkanlah sikit masa. Menitis air mata pun tak mengapa.

PERBUALAN TERAKHIR ALLLAHYARHAM AHMAD AMMAR DENGAN KAKAKNYA

http://ohartis.com/2013/11/perbualan-terakhir-allahyarham-ahmad-ammar-dengan-kakaknya/

Kisah Ahmad Ammar Ahmad Azam Pelajar Malaysia Dimuliakan Di Turki http://www.informasi.my/kisah-ahmad-ammar-ahmad-azam-pelajar-malaysia-dimuliakan-di-turki/#_



Vedio yang menceritakan Allayarham Ahmad Ammar, (ANDA WAJIB TONTON)
http://www.youtube.com/watch?v=HIR30U3E9sE&feature=youtu.be



Allahumma firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu

#LetsFollowAmmar

Semoga bermanfaat,

*maaf saya hanya copy & paste untuk berkongsi.
Diana

No comments:

Post a Comment