Friday, December 20, 2013

Doa; Ucap Kepada Pengantin / Makna Barakallahulakuma

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh..

Ingin berkongsi sedikit mengenai ucapan perkahwinan yang sesuai diucapkan kepada pasangan pengantin baru. 

Riwayat At-Tarmizi, Abu Daud & Ibnu Majah
Nabi SAW bersabda, sunat untuk kita berkata :

"Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair."

Mudah²an ALLAH memberkatkan bagi kamu berdua,
dan Tuhan berkatkan atas kamu daripada langit,
dan Moga² ALLAH himpunkan kamu sebagai suami isteri dalam kebajikan.






Baraka Allahu Lakuma Lyrics

By: Maher Zain

We’re here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We’re gathered here to celebrate
A moment you’ll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever
Let’s raise our hands and make Du’a
Like the Prophet taught us
And with one voice

Let’s all say, say, say
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.

From now you’ll share all your chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure
We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter
Let’s raise our hands and make Dua
Like the Prophet taught us
And with one voice

Let’s all say, say, say
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.
بارك الله
بارك الله لكم ولنا
الله بارك لهما
الله أدم حبهما
الله صلّي وسلّم على رسول الله
الله تب علينا
الله ارض عنا
الله اهد خطانا
على سنة نبينا

Let’s raise our hands and make Du’a
Like the Prophet taught us
And with one voice

Let’s all say, say, say
بارك الله لكما وبارك عليكما
Barakallahu Lakuma wa Baraka alikuma




*Semoga bermanfaat. Maaf jika ada kesalahan.
*Copy&Paste niat hanya ingin berkongsi ilmu. 

-Diana-

Thursday, December 19, 2013

NASIHAT UNTUK WANITA

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh,

Perkongsian khas untuk wanita, semoga menjadi wanita solehah hiasan dunia & bakal menjadi bidadari di syurga. perbaiki diri, tingkatkan keimanan, berbakti kepada ibu bapa dan taat perintah suami bagi yang telah bersuami. Salam Ukhwah Ukhti :)



Friday, November 22, 2013

#SalamJumuaah

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh :)


 Salam Jumuuah Alhamdulillah bertemu lagi penghulu segala hari.
Hari ini 22 November 2013 bersamaan 18 Muharram 1435 Hijriah.


Diantara sunnah Rasulullah SAW dihari Jumaat.

 1.  MANDI

 Sabda baginda yang bermaksud, “Apabila datang kepada kamu hari Jumaat, maka mandilah.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

 2. Menghias dan Pakai Wangi-wangian 

Menghias diri, memakai pakaian yang baik dan memakai wangi-wangian Hari Jumaat umpama hari raya untuk minggu tersebut. Justeru, kita disunatkan menghias diri dengan kadar yang dibenarkan oleh syarak dengan memakai pakaian yang baik dan berwangi-wangian. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, memakai pakaiannya yang paling baik, memakai bauan yang ada di rumahnya, kemudian dia pergi untuk menunaikan solat Jumaat tanpa melangkah tengkuk orang lain, solat seperti mana yang telah ditetapkan untuknya, diam ketika imam keluar sehingga dia selesai menunaikan solatnya, maka semuanya itu akan menghapuskan segala dosa yang dilakukannya dalam tempoh di antara Jumaat tersebut dan Jumaat selepas itu.” (Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Hakim) Sekiranya kita mampu pakailah baju berwarna putih pada hari Jumaat. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, “Pakailah pakaian kamu yang berwarna putih. Sesungguhnya ia adalah pakaian kamu yang paling baik dan kafankanlah orang-orang yang telah meninggal dunia di kalangan kamu dengannya.”

 3. Memotong Kuku

 Islam amat mementingkan kebersihan dan kekemasan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, “Lima perkara daripada fitrah iaitu berkhatan, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menggunting misai.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim) Persoalan kebersihan hendaklah diberi perhatian pada sepanjang masa terutama pada hari Jumaat kerana pada hari tersebut kita akan pergi beramai-ramai ke masjid dan berjumpa dengan saudara seagama. Sudah tentu kita tidak mahu dipandang hina oleh orang lain hanya kerana kita tidak mahu menjaga kebersihan dan kekemasan diri.

 4. Membaca Surah al-Kahfi

 Sunat membaca Surah al-Kahfi pada malam dan hari Jumaat. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, “Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antara kedua-dua Jumaat berkenaan.” (Riwayat Al-Hakim dan Al-Baihaqi) Sabda Rasulullah s.a.w lain yang bermaksud, “Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada malam Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antaranya dan Baitul `Atiq.” (Riwayat Al-Baihaqi)

 5. Memperbanyak Doa

 Doa adalah senjata bagi orang-orang yang beriman. Kita mempunyai ramai musuh sama ada di dalam atau luar diri kita, di samping berhadapan dengan banyak cabaran sepanjang hidup kita. Sehubungan itu, kita amat mengharapkan pertolongan dan rahmat daripada Allah s.w.t untuk menghadapi segala ujian ini. Antaranya dengan cara berdoa. Kita digalakkan untuk banyak berdoa, apatah lagi pada malam dan hari Jumaat terutama sekali semasa waktu-waktu mustajab berdoa.
Di antara hadis Rasulullah s.a.w mengenai perkara ini ialah Sabda baginda yang bermaksud, “Waktu mustajab berdoa itu ialah masa di antara imam duduk sehingga selesai solat.” (Riwayat Muslim).

 6. Berselawat


 Berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w Pada hari Jumaat, kita juga disunatkan supaya banyak berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Sabda baginda yang bermaksud, “Sesungguhnya hari kamu yang paling utama ialah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat ke atasku pada hari itu. Sesungguhnya selawat kamu akan dibentangkan di hadapanku.”

Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad salallahualaihi wassalam 
( صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد ). Pengorbanan dan kasih baginda pada kita umatnya tidak akan lekang sepanjang zaman.

" Allahumma Solli Ala SAYYIDINA Muhammad Wa Ala Ali SAYYIDINA Muhammad"

Allahumma salli ala muhammadin wa ala ali muhammad, kama sallayta ala ibrahim, wabarik ala mummadin wa ala ali muhammad, kama barakta ala ali ibrahim, fi I- alamin, innaka hamidun majid

[Al-Muwatta' / 459, sahih], [Ibnu Hibban / 1958, sahih]





Yaa Nabi Salaam 'alaika
Yaa Rasul Salaam 'alaika
Yaa Habib Salaam 'alaika
Salawaatu'llah 'alaika

Ashraqa'l Badru 'alaina
Fakhtafat Minhu'l Buduru
Mithla Husnika Maa Ra'aina
Qattu Yaa Wajhas-Suroori

Anta Shamsun Anta Badrun
Anta Noorun Fawqa Noori
Anta Ikseerun Wa Ghaali
Anta Misbaahu's-Sudoori

Yaa Habibee Yaa Muhammad
Yaa 'arusa'l Khaafiqayni
Yaa Muayyad Yaa Mumajjad
Yaa Imama'l Qiblataini

Man-Ra'aa Wajhaaka Yas'ad
Yaa Kareem Al-Waalidaini
Hawdhuka's-Saafi'l Mubarrad
Wirdunaa Yawm An Nushoori

'aalim-Us-Sirri Wa Akhfaa
Mustajeeb-Ud-Da'awaati
Rabbi Farhamnaa Jamee'a
Bijamee-'is-Saalihaati

( Selawat Maulidur Rasul )

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Nabi salam atasmu
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Rasul, salam atasmu
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai kekasih, salam atasmu
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ Selawat Allah ke atasmu

أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا Bulan purnama menyinari kita
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ Hilang segala cahaya
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا Indah menawan tak pernah dilihat
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ Wajah gembira sepanjang hayat

أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ Kaulah matahari, kaulah bulan
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ Kaulah cahaya mengatasi cahaya
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي Kaulah rahsia hidup mulia
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ Kaulah menyuluhi jiwa

يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد Wahai kekasihku, ya Muhammad
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ Wahai pendamping indah sejagat
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ Wahai Nabi dijulang dipuja
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ Wahai imam 2 kiblat

مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد Bahagialah orang memandang wajahmu
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ Wahai penghulu keturunan mulia
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد Kolam airmu sejuk jernih
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ Kunjungi kami pada hari akhirat

مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ Sepanjang malam unta berjalan
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ Tiada berhenti rindukanmu
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ Engkau dipayungi awan putih
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ Dan Malaikat sama berselawat

عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى Allah mengetahui rahsia sulit
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ Dialah menyahut semua seruan
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا Wahai Tuhan Rahmatilah kami
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ Dengan segala amalan soleh

وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد Selawat Allah ke atas Muhammad
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ Sebanyak baris kertas ditulis
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد Ahmad Muhammad petunjuk jalan
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ Empunya wajah berseri menawan

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya

   

Carilah ilmu mengenal Allah.
Tanamkan Takut Neraka Allah. 
Semaikan harap Syurga Allah. 
Carilah Keredhaan Allah.

#SalamJumuaah ♡ 

 *Banyak lagi sunnah Rasulullah yang boleh diamalkan. Ini adalah diantaranya. Maaf jika ada kesilapan. Semoga bermanfaat ^.^

Wallahualam

Thursday, November 21, 2013

Let's Follow Ammar

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh :)

Saya bukanlah seorang yang berilmu pengetahuan tinggi.
Tapi disini saya ingin berkongsi cerita mengenai Allayarham Ammar seseorang yg tidak dikenali tapi dikagumi. Saya mengagumi Allayarham kerana keperibadiannya.
Semoga Allayarham Ammar tenang bersemadi di sana. Al-Fatihah.



Pemergian Ahmad Ammar, seorang mujahid yg disayangi ramai telah membuka mata dan jiwa masyarakat bukan hanya di Malaysia tapi juga di Turki. Di bumi Indo-China (Kampuchea) pun ada yg bertanyakan tentang arwah. Begitu hebat penangan assyahid Ahmad Ammar. Semoga perjuangan dan coretan hidupnya akan membakar semangat jihad anak muda yg ada. InsyaAllah.

"Kami menghantar anakanda kami ke bumi AlFateh bagi mempersiapkannya untuk umat. Rupa2nya Allah mempersiapkannya untukNYA." - Puan Nur Azlina (bonda Allahyarham Ahmad Ammar)


"SubhanaLlah, AlhamduliLlah, ALlahu Akbar! Tiada ku duga pemergian Ahmad Ammar telah menghidupkan begitu banyak jiwa. Aku merasa begitu kerdil tika di tanyakan apa formula bagi mempersiapkan Ammar begitu rupa! Jujur aku katakan, sumbangan aku terlalu sedikit. Sekadar meletakkan visi dan misi yang aku impikan kepadanya. Rupanya, apabila ku nawaitukan anak ku ini untuk ALlah dan RasulNYA, perancangan ALlah berjalan dengan cara yang tiada mampu untuk aku membayangkannya. Apalagi untuk memahaminya. Pemergian Ammar mengajar aku banyak perkara mengenai KEBESARAN ALLAH ! Terima kasih Ya ALlah !" - Tuan Haji Ahmad Azam (ayahanda Allahyarham Ahmad Ammar)




Yg nak tahu kisah Ahmad Ammar boleh klik link kat bawah ni. Luangkanlah sikit masa. Menitis air mata pun tak mengapa.

PERBUALAN TERAKHIR ALLLAHYARHAM AHMAD AMMAR DENGAN KAKAKNYA

http://ohartis.com/2013/11/perbualan-terakhir-allahyarham-ahmad-ammar-dengan-kakaknya/

Kisah Ahmad Ammar Ahmad Azam Pelajar Malaysia Dimuliakan Di Turki http://www.informasi.my/kisah-ahmad-ammar-ahmad-azam-pelajar-malaysia-dimuliakan-di-turki/#_



Vedio yang menceritakan Allayarham Ahmad Ammar, (ANDA WAJIB TONTON)
http://www.youtube.com/watch?v=HIR30U3E9sE&feature=youtu.be



Allahumma firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu

#LetsFollowAmmar

Semoga bermanfaat,

*maaf saya hanya copy & paste untuk berkongsi.
Diana

Wednesday, November 6, 2013

Jom Tonton Love You Mr. Arrogant

Jom tengok Love You Mr. Arrogant.. :D

http://www.tonton.com.my/login.html?action=recover&c=8b644de20c9cf424f2b3f9dceb0315f0&u=fe31ffb0-82e1-fc24-dd06-a436f3c59aea#/home/channels/TV3/love_you_mrarrogant_52012632603246ec9c68a23000dec5c6/episode_23_81ea1853659f4166833ba23000decaba


Oh! Lamanya tidak ber BLOG

Assalamualaikum..

hurm. lama sangat dah x update blog DUNIA DIANA. Ada masa, tapi masa tu selalu x cukup.
Belum terlambat rasanya nak ucapkan Salam Maal Hijrah kepada muslimin dan muslimat, Salam Awal Muharram 1435H. Semoga Tahun Baru Islam ini memberikan penghijraan yang terbaik utk diri kita sendiri, tingkatkan motivasi diri, perbaiki diri yang selalu alpa ini & memohon kepada Allah agar selalu berasa bersyukur dengan hari2 yang mendatang. Syukur Alhamdulillah masih diberi peluang utk bernafas hari ini. Terima Kasih Ya Rabb :)