Sunday, April 15, 2012

Membelai Janggut Lelaki Dapat Menyuburkan Wanita


Kajian terhadap janggut menyerlahkan satu lagi bukti saintifik tentang apa yang disunnahkan oleh Nabi kita sejak lebih seribu tahun dahulu.

Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut. Ia bukan tunggul gerigis, bukan penyeri atau penyerabut wajah tetapi jauh lebih hebat daripada itu.

Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.

SUBHANALLAH!

Caranya bagaimana? Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum punya anak kerana ada masalah kesuburan, ataupun jarang anak dan mahu dirapatkan lagi, mintalah suami simpan janggut, dan belailah selalu janggut suamimu itu.

Ini sekali gus jadi bukti apa yang disaran oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.

Sabda Rasulullah SAW, ”Cukurlah kumis dan peliharalah janggut.” (HR. Muslim)



(sumber rakan blogger)

Saya HAPPY :D


Long time no see D.U.N.I.A D.I.A.N.A. 
Rindu mahu menulis di sini. I am so happy this week because dapat berita baik & ada perkara baik yang akan terjadi :)
1st thing happy sangat sebab baru sj ditawarkan bekerja. Happy sebab lbi kurang 4bulan sda tanam2 buah grape :p
So, dapat tawaran Syukur Alhamdulillah walaupun jawatan tu kontrak sj. Tapi syukur la ada juga rezeki sikit2 yang boleh disimpan. Harap2 boleh jadi permenent staff terus.hehe.. Praying for me ya friends :))
2nd thing is sda dapat berita pasal konvokesyen. Jadual & tarikh pun sda keluar di website politeknik kk. Happy coz boleh bgambar2 time konvo & xrisau lagi mau tunggu itu diploma.
Sambung Digree? Insyallah.kalau ada rezeki :)


Syukur Alhamdulillah atas segala nikmat & rasa gembira yang telah Kau berikan kepada ku Ya Allah..

Tuesday, April 3, 2012

Hari Pertunangan Wawa


Pada 01.April.2012
Wawa atau nama sebenar Sri Wani telah bertunang bersama pasangannya
setelah selama 6 tahun 'bercouple'. 
Semoga dengan ikatan pertunangan mereka akan bertambah bahagia dan seterusnya akan melangkah ke alam perkahwinan. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat Wawa & Adam.
Actually she is my auntie. my daddy's cousin, but me tua satu tahun dr dia so malas la mau panggil auntie. hehe...






Sunday, April 1, 2012

Hello April

Good bye March and Hello April.

*ONLY FOOL PEOPLE CELEBRATE APRIL FOOL*

Apabila masuk sahaja bulan April kita selalu dikaitkan dengan APRIL FOOL iaitu budaya dari barat yang juga dikaitkan dengan kejadian Tragedi berdarah Granada umat Islam di Sepanyol yang berlaku pada 1 APRIL 1847 MASIHI yang dikenali sebagai “The April Fool Day” oleh golongan Kristian. Menurut sejarah, Fool’s Day atau april Fool mula diraikan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam yang bertapak berkurun lamanya di Granada, Sepanyol yang ditawan oleh tentera Kristian. Akibatnya, penduduk Islam terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera Kristian ternyata tidak berpuashati dan cuba menghapuskan orang Islam dari bumi Sepanyol.



Oleh itu, mereka membuat satu helah dengan memberitahu penduduk Islam bahawa mereka boleh keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Di kalangan umat Islam, ada yang mempercayai dan sebahagian lagi sangsi dengan pemberitahuan itu.Mereka yang mempercayainya telah meninjau di pelabuhan dan berpuashati lalu memutuskan untuk bertolak pada keesokannya hari(1 April)

Keesokan harinya, Mereka keluar membawa kesemua barangan dan menuju ke pelabuhan. Pada ketika itulah, puak Kristian mengambil kesempatan untuk menyerang penduduk Islam berkenaan. Mereka tidak sempat menaiki kapal kerana semuanya telah dibakar. Manakala orang Islam yang berada di sekitar telah dibunuh tanpa mengira lelaki,perempuan atau kanak-kanak

Peristiwa berdarah itu kemudian diraikan oleh tentera Kristian yang kemudiannya menjadi acara tahunan. Apa yang menyedihkan, orang-orang Islam merayakannya tanpa menyedari bahawa mereka sebenarnya meraikan ulangtahun pembunuhan beramai-ramai saudara se-Islam mereka sendiri.


Masyarakat hari ini sebenarnya tidak mengetahui dengan jelas asal usul April Fool’s. Selain boleh merosakkan akidah, budaya ini sebenarnya meniru gaya hidup kebaratan yang bertopengkan humor, gurauan,lelucon dan komedi. Bagi mereka, 1 April merupakan hari kejutan dengan berbagai perkara pelik, humor dan memalukan.

Kita sebagai umat Islam dilarang sama sekali meraikan hari ini kerana budaya ini sangat bertentangan dengan agama Islam.
Mereka atau golongan-golongan yang meraikan hari ini tidak dapat tidak lari daripada terlibat dengan unsur penipuan yang mana ianya merupakan salah satu  sifat mazmumah atau sifat yang buruk yang dilarang dalam Islam.

Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi menyebut :
Menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Ini kerana Rasulullah SAW bersabda : Orang munafik mempunyai tiga ciri : “Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah”. [HR al-Bukhari dan Muslim]
Rasulullah SAW memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda SAW bersabda: “Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]


* I admit that i also celebrate april fool before i discovered the meaning of this day.
After i knew the real story about this day I regret and repent.Astagfirullahalazim.